Cenderamata IPC

cenderamata-korporat-banner

Cenderamata IPC adalah laman web IPC Gifts Sdn Bhd, sebuah syarikat pemborong and pembekal cenderamata korporat dan promosi di Malaysia. Kami membantu pelanggan kami memilih cenderahati yang kreatif dan idea hadiah korporat yang menarik untuk kegunaan jamuan makan malam, kempen-kempen pengiklanan, mesyuarat agung, acara sukan, pameran/ekspo perdagangan dan lain-lain lagi. Kami bukan sahaja membekal cenderamata, tetapi juga memberi perkhidmatan percetakan atau ukiran jenama korporat ke atas produk, pembungkusan dan juga penghantaran cenderahati korporat ini ke lokasi yang dikehendaki.

Mengapa Beli Cenderahati Korporat?

Pemberian cenderahati dan hadiah korporat adalah satu kaedah yang selalu digunakan untuk memupuk hubungan baik dengan pelanggan atau sebagai suatu tanda penghargaan kepada sumbangan kakitangan syarikat. Antara pelanggan kami termasuk syarikat swasta besar and kecil, pihak kerajaan, organisasi bukan kerajaan, dan juga individu persendirian. Kami di Cenderamata IPC akan memenuhi semua keperluan anda – membekal, mencetak tulisan atau logo, dan menghantar semua cenderahati yang diperlukan tepat pada masanya. Sila hubungi kami untuk pertanyaan produk pilihan anda dari kami, salah sebuah pemborong cenderamata terunggul di Malaysia.